Apakah yang mendorong kita untuk terus melangkah ke hadapan pada waktu yang serba mencabar ini?

Sepertimana besi yang keras bisa dileburkan oleh api yang panas, kecekalan itu hadir setiap kali cabaran yang getir perlu dihadapi. Ini yang kami alami. 

Di Yayasan Hasanah, inilah yang sering kami lihat sepanjang tahun 2021.

Negara kita masih berjuang memerangi COVID-19, dengan impak sosioekonomi akibat pandemik, ditambah pula dengan bencana banjir yang mengakibatkan kerugian besar buat sesetengah pihak.

Namun begitu, lebih ramai rakan kerjasama serta pihak yang berkeuntungan tampil untuk bekerjasama; apa yang kami saksikan, setiap kali kesusahan menimpa, setiap kali itu juga tangan-tangan yang membantu pasti akan ada. Kisah-kisah yang dipaparkan di dalam Laporan Hasanah 2021 hanya sebahagian kecil daripada apa yang kami saksikan.

Cekal Mengharungi Cabaran

Banyak kriteria yang menjadikan kita warga yang hebat. Kecekalan setiap individu merupakan salah satu kriteria penting. Kerana itu, kami percaya setiap individu berperanan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat. 

Laporan kali ini membawa tema Cekal Mengharungi Cabaran atau Strength in Adversity yang menggambarkan 2021 secara keseluruhan buat Yayasan Hasanah, rakan-rakan kerjasama serta pihak-pihak yang memerlukan. 

Penerima sumbangan adalah daripada pelbagai lapisan masyarakat dan pertubuhan – Wanita, belia, warga emas, golongan berlainan upaya, Orang Asal, pelarian, komuniti tanpa dokumentasi, kanak-kanak, golongan B40, petani di kawasan bandar dan golongan miskin bandar.

Kenali

Yayasan Hasanah

Ditubuhkan pada 1 Julai 2015 sebagai yayasan penganugerahan geran bebas di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Yayasan Hasanah (Hasanah) mendukung usaha-usaha tanggungjawab sosial korporat yang dahulunya diterajui oleh Khazanah selama 9 tahun sebelum diambil alih oleh Hasanah. 

"melakukan kebaikan" dalam Bahasa Arab.

Hasanah bermaksud "melakukan kebaikan" dalam Bahasa Arab. Walaupun peranan utama Hasanah adalah sebagai yayasan, kami percaya peranan kami lebih daripada itu; semuanya demi kemantapan ekosistem transformasi.   

Seiring dengan aspirasi Khazanah dalam pelaburan demi nilai mampan negara, Hasanah meletakkan harapan dan kepercayaan pada setiap individu yang membentuk sebuah negara.   

Tugas kami memberi fokus kepada lima aspek utama

Kesenian & Ruang Awam

Alam Sekitar

Pembangunan Komuniti

Pengetahuan

Pendidikan

Through which we aim to be a convenor, collaborator, and catalyst of change.

Setiap bidang impak mempunyai visi tersendiri. Walau bagaimanapun, visi utama Hasanah adalah untuk membina negara Malaysia yang kohesif dengan pemerkasaan individu serta pemuliharaan alam sekitar dan seni.  

Kami sedar bahawa bekerja secara berasingan tidak dapat merealisasikan visi untuk menjadikan Malaysia lebih kompetitif dan megah di mata dunia. Kerana itu, kami percaya dengan kuasa “Kita” dan akan terus berkolaborasi dan berusaha secara kolektif di dalam ekosistem ini.

Ucapan

Pengerusi

Tan Sri Md Nor Yusof

Sudut Pandang

Pengarah Urusan

Dato’ Shahira Ahmed Bazari

Impak

Statistik

Dalam kesibukan menangani krisis yang melanda negara, kami perlu mengimbanginya dengan pelaksanaan tugas-tugas hakiki yang telah dirancang. Impak bidang kami tidak diukur dengan statistik semata-mata. Namun begitu, maklumat berikut memberi gambaran tentang sasaran sumbangan yang lebih besar dan dipercepatkan, di mana ia dapat dicapai melalui kejayaan model kerjasama dan kolaborasi.

Kisah

Impak

Pelakon terkenal yang sinonim dengan watak Superman, Christopher Reeves memberi definisi hero sebagai “individu biasa yang cekal menghadapi dan mengharungi pelbagai cabaran getir”, yang dimuatkan di dalam autobiografi beliau bertajuk Still Me.

Skuad Hasanah telah menjelajah ke serata lokasi bagi menemu bual insan-insan yang telah menerima manfaat daripada Hasanah. Kami kongsikan di sini hero dan heroin Hasanah, dengan kisah kecekalan mereka.

Rakan Kerjasama

Ditubuhkan pada tahun 2013 melalui Jawatankuasa Putrajaya untuk memberi fokus kepada GLC berprestasi tinggi dengan Khazanah Nasional berperanan sebagai Sekretariat. Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Kerajaan (GLC) (GRDN) menyediakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan di kala kecemasan.

Setahun berikutnya, TM juga berganding bahu dengan Hasanah sebagai sekretariat. Sehingga tahun 2020, skop utama operasi GDRN adalah memberi bantuan pasca banjir ketika musim tengkujuh yang melibatkan pemindahan ribuan penduduk akibat kemusnahan kediaman mereka.

Apabila negara dikejutkan dengan pandemik COVID-19, rangka kerja kolaborasi telah diwujudkan untuk menguruskan sumbangan daripada GLIC dan GLC bagi mengelakkan usaha yang bertindan di samping memastikan pengurusan sumber yang lebih optimum.

Pada tahun 2021 dan melalui GDRN, lebih daripada RM207.2 juta dana disalurkan kepada bantuan berkaitan pandemik serta banjir besar yang menimpa komuniti pada hujung tahun yang sama.

Bagi bantuan berkaitan pandemik, kemudahan-kemudahan seperti oximeter, peralatan bekalan oksigen, peralatan perlindungan peribadi (PPE), cecair sanitasi tangan, program vaksinasi serta makanan telah diagihkan.

Sementara itu, peralatan pembersihan, makanan, kemudahan telekomunikasi dan elektrik, logistik dan pengangkutan (pacuan empat roda, lori, bot, helikopter, RORO serta jengkaut), generator, peralatan rumah, bantuan psikologi, wang tunai dan bantuan perubatan untuk haiwan-haiwan peliharaan merupakan antara bantuan yang diberi kepada mangsa-mangsa banjir.

Semua ini berjaya direalisasikan dengan sumbangan daripada gabungan 39 GLIC/GLC, 417 rakan kerjasamai serta 4,156 sukarelawan bagi membantu lebih 390,000 keluarga yang terkesan akibat pandemik mahupun banjir besar.

Rakan-rakan kerjasama termasuk agensi-agensi kerajaan, badan-badan beruniform, pejabat-pejabat daerah dan jabatan-jabatan dan tidak terkecuali agensi-agensi bukan kerajaan (NGO). 

Penerima-penerima sumbangan termasuk golongan B40, individu-individu berlainan upaya, pelarian, warga emas, kakitangan perubatan, wanita dan anak-anak, Orang Asal, pesakit-pesakit COVID-19, dan tidak ketinggalan haiwan-haiwan yang turut terkesan akibat bencana banjir. GDRN yang diperkenalkan semula sebagai “GLC Demi Rakyat & Negara” pada bulan Mac 2022 dengan strategi baharu yang berperanan lebih besar dalam koordinasi impak sosial di kalangan GLIC dan GLC.

Apabila Pandemik COVID-19 menyebabkan sekolah-sekolah ditutup, peralihan pembelajaran daripada bilik darjah ke alam maya harus dilakukan dengan segera. Ini merupakan perubahan drastik oleh sistem persekolahan buat 4.9 juta pelajar di seluruh negara.

Namun begitu, terdapat jurang yang agak ketara di dalam usaha untuk mengalih kelas-kelas ke arah digitalisma. Akses kepada pendidikan atas talian dan pelaksanaan pembelajaran maya amat mencabar buat isi rumah yang berpendapatan rendah di mana kadar pemilikan peranti yang terhad menjadi faktor utama. 

Syarikat Kerajaan (GLC)/Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLIC) telah bersama-sama menggerakkan inisiatif tanggungjawab korporat iaitu CERDIK yang diumumkan di dalam Bajet 2021. Ianya diwujudkan bagi mengatasi jurang pembelajaran digital untuk lebih kurang 150,000 pelajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia dan mengendali model pembelajaran atas talian bagi penerapan untuk masa hadapan.

Dengan membuktikan kehebatan usaha kolaborasi ini, 32 GLIC, GLC dan organisasi-organisasi korporat berganding bahu menjayakan inisiatif ini di mana set peranti lengkap dengan akses data telah diagihkan kepada 1,322 buah sekolah di seluruh negara. 

Syarikat-syarikat utama yang terlibat termasuk Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Yayasan Petronas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan anak-anak syarikat , serta sokongan tambahan daripada GLC dan organisasi-organisasi korporat yang lain.    

Seperti sasaran asal, CERDIK telah berjaya merapatkan jurang pembelajaran 151,986 pelajar golongan B40 yang sememangnya tiada kemudahan peranti untuk belajar secara maya. Kini, pelajar-pelajar ini berupaya meneruskan pembelajaran dan dapat berhubung dengan guru-guru dan rakan-rakan sebaya ketika pengajaran dan pembelajaran dari rumah berlangsung.

Memandangkan kesan berterusan pandemik terhadap kesihatan, sistem rantaian makanan serta skop-skop yang berkaitan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) diperkenalkan pada 27 Mac 2020 dan diteruskan pada tahun 2021. 

Di bawah PRIHATIN, Kementerian Kewangan bergabung dengan Hasanah untuk Dana Khas Hasanah 2021 (HSG 2021), dengan memperuntukkan dana sebanyak RM25 juta agar lebih ramai penerima mendapat manfaat daripada dana ini dan juga inisiatif sosial  

HSG 2021 bertujuan memperbaiki taraf hidup golongan yang tidak bernasib baik dan terpinggir melalui pelbagai program – menghulurkan bantuan agar mereka dapat bangkit dari kesan pandemik dan seterusnya berupaya menghadapi apa jua cabaran pada masa hadapan.

Semua ini berjaya direalisasikan dengan menambahbaik projek-projek cemerlang di bawah Dana Khas Hasanah pada tahun sebelumnya. Sumber perkongsian yang bermanfaat di antara Hasanah dan organisasi-organisasi pertubuhan awam, organisasi-organisasi bukan kerajaan dan pertubuhan sosial yang terlibat dinilai semula untuk memastikan tindakan pantas diambil dalam memberi bantuan. 

HSG 2021 melaksanakan 40 projek dengan dana berjumlah RM22,887,700 yang telah diluluskan untuk tujuan agihan kepada 37,600 penerima di seluruh Malaysia, terutamanya di Sabah, Perak dan Kuala Lumpur. Penerima sumbangan termasuk golongan B40, Orang Asal, warga emas, gelandangan, pelarian, warga asing tanpa dokumentasi, kanak-kanak berisiko, wanita dan belia serta individu-individu dengan keperluan tertentu.  

Dengan tempoh kontrak antara 12 ke 24 bulan, lebih daripada separuh projek memberi fokus terhadap mata pencarian manakala selebihnya tertumpu kepada bantuan makanan, pendidikan, kesihatan, kesejahteraan hidup serta kebajikan haiwan.

Projek-projek yang diluluskan merangkumi naiktaraf kemahiran Orang Asal dari segi penanaman buluh, menjadi sukarelawan dalam misi melindungi habitat harimau, hingga mendalamai asas pendidikan serta pendapatan lebih baik untuk komuniti yang tidak berdaftar di Sabah. Tidak ketinggalan juga pemberian vaksinasi, ubat-ubatan serta makanan untuk beruang tropika, kucing-kucing dan anjing-anjing terbiar.

Sejak Organisasi Kesihatan Dunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik seluruh dunia, negara telah melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP yang bertujuan mengekang wabak daripada terus merebak turut mengakibatkan ramai individu kehilangan punca pendapatan dan pekerjaan mereka. 

Pada 18 Januari 2021, Perdana Menteri Malaysia telah memperkenalkan PERMAI (Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia), pakej bantuan kerajaan bagi membantu mengurangkan beban daripada impak pandemik yang perlu ditanggung oleh rakyat dan komuniti perniagaan.  

Dengan nilai RM15 bilion, berbekalkan 22 inisiatif, PERMAI memberi tumpuan terhadap tiga objektif – membanteras wabak Covid-19, melindungi kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Under Initiative 6: Strengthening Welfare Programmes, RM25 million was allocated by the government towards the Government-Linked Investment Companies (GLIC) and the Government-Linked Companies (GLC) Disaster Response Network (GDRN) as a matching grant to the funding provided by GLICs/GLCs for social initiatives. 

From the RM25 million, RM16.5 million was disbursed to eight GLCs/GLC Foundations, namely Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Maybank Foundation, Yayasan YUEM, Telekom Malaysia (TM), Yayasan Hasanah, Celcom and Yayasan Sime Darby. 

To further PERMAI’s second objective of safeguarding the welfare of the people, the funds enabled the companies and foundations to reach out to a total of 199,988 recipients nationwide via their 206 partner NGOs on the ground (including 25 schools).

Bantuan berupa bakul makanan keluarga, pek makanan individu, kit kebersihan, semburan pembasmi kuman, barangan keperluan bayi dan barangan sekolah diagihkan kepada mereka yang amat memerlukan pada waktu yang getir ini.

Pandemik ternyata memberi kesan kepada ekonomi negara dan amat dirasai oleh kebanyakan isi rumah. Kehilangan punca pendapatan amat memeritkan dan memberi impak langsung terhadap keupayaan mereka dalam memenuhi keperluan harian.   

Bagi merancakkan semula landskap ekonomi yang masih mencabar ini, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dilancarkan pada 17 Mac 2021 dengan nilai sebanyak RM20 bilion, ditambah dengan suntikan fiskal kerajaan Malaysia sebanyak RM11 bilion. Malaysian government on 17th March 2021, along with a new fiscal injection amounting to RM11 billion. 

Program di bawah Inisiatif 16: Menambahbaik Program Bantuan Rentan Bandar menyelesaikan isu keperluan asas makanan dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. Agihan dilakukan melalui sistem bantuan makanan tanpa tunai Yayasan MyKasih yang mengguna pakai teknologi MyKad.

Program perintis yang diterajui oleh MyKasih di mana Hasanah memikul tanggungjawab sebagai pengurus projek, mensasar golongan miskin dan miskin tegar di kawasan bandar yang berdaftar dengan eKasih.

Setiap individu di bawah Program Prihatin Kasih menerima RM100 sebulan selama tiga bulan yang dikreditkan di dalam MyKad untuk membeli barangan di pasar-pasar raya yang mengambil bahagian. Ini termasuk barangan kering seperti seperti beras, telur, minyak masak, bihun, tepung, penambah perisa, makanan dalam tin, roti, biskut serta minuman. Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang pembaziran.

Rakan-rakan kerjasama NGO dan peniaga-peniaga yang terlibat amat mementingkan kejayaan program ini. Rakan-rakan niaga seperti Giant, Tesco Dan Mydin melaksanakan promosi-promosi di pasar raya masing-masing, selari dengan program Prihatin Kasih, bertujuan memberi lebih manfaat kepada pelanggan-pelanggan MyKasih. Pasar-pasar raya ini turut mengumpul senarai nama penerima yang layak; 25% daripada jumlah penerima adalah merupakan daripada usaha-usaha mereka. 

Dilaksanakan dari Julai hingga Disember, program ini berupaya meringankan beban perbelanjaan isi rumah 137,273 penerima di seluruh negara, dengan jumlah RM44,007,608 bagi memastikan keperluan asas makanan dipenuhi.

Bertujuan menyokong dan mempromosikan seni dan budaya negara, Kumpulan CIMB, Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya (CENDANA) dan Hasanah telah melancarkan kerjasama triparti sektor awam - swasta, yang dikenali sebagai TripART pada awal November.   

Atas semangat kolaborasi serta kecintaan terhadap seni, setiap organisasi telah menganjurkan kempen-kempen seperti CIMB ARTober, Art In The City oleh CENDANDA dan ArtFAS oleh Hasanah.

TripART membolehkan sektor-sektor awam dan swasta berkolaborasi dalam menyokong artis, penggiat-penggiat budaya dan seni tempatan sekaligus mengukuhkan ekonomi seni tempatan dan eko-sistem kebudayaan. 

Kolaborasi yang selari dengan matlamat 8,10 dan 11 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menggalakkan pertubuhan mampan dan menyeluruh, mengurangkan ketidaksamaan serta membina bandar dan komuniti lestari - dilancarkan di Pesta Seni Hotel ARTober CIMB 2021.

Karya-karya seni dan hasil-hasil kraf tangan oleh artis yang disokong oleh Yayasan CIMB, CENDANA dan Hasanah turut dipamerkan.

Di majlis perasmian, para tetamu dihiburkan dengan alunan sitar Kumar Karthigesu daripada Temple of Fine Arts, deklamasi gurindam pusaka oleh YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi, persembahan oleh kumpulan pemuzik HANDS yang merupakan rakan kerjasama ArtFAS, sepatah dua kata daripada artis Hamir Soib dan nyanyian merdu Dayang Nurfaizah yang mendendangkan lagu Tudung Periuk.

Pentingnya

Pengetahuan

Ilmu adalah kuasa – tapi hanya dengan pemahaman dan penggunaan yang betul. Oleh itu, pembelajaran berterusan sangat penting dan seharusnya tiada halangan untuk belajar. Selain daripada mengukuhkan institusi, sistem dan kapasiti seseorang, sasaran Hasanah adalah untuk menyokong pembangunan polisi dan pelan yang berupaya memberi perubahan positif kepada komuniti.

The Inaugural Hasanah Forum 2021

Intervensi Sosial dan Penyediaan Polisi berdasarkan Bukti

Melalui kaji selidik bertaraf dunia, kami cuba untuk menyediakan polisi-polisi yang jelas serta inisiatif-inisiatif yang lebih efektif.

Model Pembangunan Lestari Negeri Perak: Laporan Yayasan Hasanah

Bermula dengan pembentangan projek-projek Hasanah yang lepas kepada DYMM Sultan Nazrin Shah, terus membawa kepada cadangan membangunkan Model Pembangunan Lestari Negeri Perak. 

Melalui kaji selidik dan sesi dialog dengan pelbagai pihak berkepentingan, laporan ini menjadi asas kepada maklumat alam sekitar di Perak, negeri yang kaya dengan hutan simpan yang menyumbang kepada biodiversiti semula jadi. 

Mengukuhkan suara di arena pemeliharaan alam sekitar di samping menyokong Matlamat Pembangunan Lestari PBB, laporan ini membolehkan Hasanah mengenal pasti, melakar dan melaksanakan program-program berkaitan selaras dengan kekuatan dan kapasiti dalaman.

Objektif utama laporan ini adalah untuk merangka Pelan Induk Pembangunan Lestari Negeri Perak, seterusnya membolehkan Hasanah dan rakan-rakan kerjasamanya merancang pelaburan mengikut keutamaan bagi mencapai hasil optimum, selari dengan kesejahteraan sosial dan alam sekitar. 

Inisiatif-inisiatif inventori awal pihak-pihak berkepentingan merupakan komponen kritikal laporan ini. Ia bertujuan mengenal pasti fokus sedia ada sebelum mencadangkan rangka kerja mampan bagi menyelaraskan usaha-usaha daripada pelbagai pihak, terutamanya antara organisasi-organisasi kerajaan dan bukan kerajaan 

Walaupun laporan ini hanya testamen kepada usaha-usaha konservasi di peringkat negeri, ia sangat penting memandangkan saranan-saranan yang diutarakan memerlukan komitmen yang padu demi menangani isu-isu berkaitan penerokaan hutan yang tidak terkawal, pemerdagangan haram haiwan-haiwan liar, pencemaran dan pembangunan bandar yang berleluasa.  

Cadangan rangka kerja mengandungi lima teras utama yang menyentuh tentang ekonomi hijau, membina komuniti yang bertanggungjawab serta diperkasa, membina daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana, dan mengamalkan sikap prihatin terhadap alam sekitar.  

Kajian Asas: Rantaian Nilai dan Pengurusan Sisa-Sisa Plastik di Semenanjung Malaysia

Pengurusan plastik yang bertanggungjawab merupakan salah satu isu utama di bawah fokus alam sekitar Hasanah. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan pandangan, maklum balas pihak berkepentingandan memberi saranan bagi membangunkan agenda penggunaan plastik yang bertanggungjawab untuk Malaysia dengan lebih jelas. 

Ironinya, walaupun pelbagai inisiatif kerajaan dilaksanakan seperti mengehadkan penggunaan mengikut jenis plastik, menggantikan plastik biasa dengan plastik boleh terbiodegradasi, pengurangan penggunaan dan pengenalan caj/kompaun pencemaran, pihak berkuasa pengurusan sisa pepejal melaporkan bahawa komposit sisa plastik di tempat pembuangan sampah meningkat kepada 24% (daripada 13% - 15% dalam tempoh sedekad yang lalu).

Ini menunjukkan bahawa bertan-tan sisa plastik dibuang di seluruh negara setiap hari, ditambah dengan limpahan kepada persekitaran yang tidak diketahui melalui pembuangan sisa pepejal, pembuangan secara haram, dan kutipan dan pembuangan sisa pepejal yang tidak teratur. 

Selain daripada itu, laporan menunjukkan bahawa kadar penghasilan sisa plastik dan yang dikitar semula amat berbeza antara agensi-agensi seperti Bank Dunia, Koperasi Pengurusan Pembersihan Awam Dan Sisa Pepejal (SW Corp), Dana Hidupan Liar Dunia (WWF) dan Pusat Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pembangunan Serantau (UNCRD).

Disebabkan kekurangan dan ketidakseragaman data, seperti ralat pengiraan dan fakta yang tidak betul, jumlah sebenar sisa plastik yang dikitar semula sama ada sektor rasmi ataupun tidak, masih tidak diketahui.

Plastik masih kekal relevan dalam kehidupan kita. Maka, cabaran sebenar adalah bagaimana kita menyesuaikan kehidupan dengan lebih harmoni dan lestari, dengan instrumen ekonomi dan peraturan tertentu bagi mengurangkan impak yang buruk. 

Untuk mencapai matlamat ini, laporan ini mencadangkan campur tangan daripada empat kumpulan; kerajaan, pengeluar-pengeluar, pengusaha-pengusaha kitar semula dan inisiatif-inisiatif untuk Kumpulan Khazanah dalam memainkan peranan tanggungjawab korporat terhadap isu sisa plastik.

Membina Daya Tahan: Ke Arah Perlindungan Sosial Menyeluruh di Malaysia

Impak pandemik COVID-19 terhadap sosio ekonomi telah menampakkan jurang dalam sistem perlindungan sosial Malaysia. 

Laporan ini menyarankan polisi yang praktikal, saksama dan mampan, dibangunkan daripada khidmat sosial sedia ada - penjagaan kesihatan awam, rumah-rumah sosial dan sistem pendidikan - berdasarkan pendekatan kitaran hidup.  

Menyokong pendekatan yang menyeluruh dan memandang ke hadapan bagi mengekang kemiskinan dan menangani ketidakstabilan, laporan ini mencadangkan penekanan terhadap perlindungan sosial sejagat terhadap risiko-risiko yang besar pada setiap peringkat kehidupan seseorang.

Laporan ini mencadangkan skim manfaat kanak-kanak bagi mencegah mereka daripada ketinggalan ketika mengalami ketidakstabilan, di saat mereka sangat bergantung hidup dan pada pertumbuhan setiap peringkat; kognitif, fizikal dan sosial. Kanak-kanak yang didaftarkan di dalam skim ini membolehkan keperluan-keperluan tertentu mereka dikenal pasti dan mereka akan mendapat manfaat daripada skim perlindungan sosial lain apabila mereka mula bekerja, ataupun di usia tua nanti. 

Bagi orang dewasa yang mencapai umur bekerja, laporan ini menekankan agar perlindungan wajib skim insurans sosial rasmi sedia ada ditambah baik; risiko kecederaan di tempat kerja, status tidak sah dan tiada pekerjaan, serta pengenalan skim perlindungan gaji ketika bersalin , di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Apabila mencecah usia emas, laporan ini menyatakan betapa pentingnya skim pencen bagi menjalani kehidupan ketika meniti usia emas. Perjanjian triparti turut dicadangkan, sepertimana cadangan perlindungan sosial yang lain - suri rumah, individu-individu yang tidak bekerja dan pekerja-pekerja sambilan, di mana kerajaan turut mencarum atas caruman pekerja dan majikan.

ILMU Hasanah: Masa untuk Berkongsi dan Belajar

Acara-acara perkongsian ilmu telah dianjurkan untuk organisasi rakan kerjasama, pihak berkepentingan dan orang awam. Diterajui oleh pakar-pakar sektor yang berkenaan, sesi ini berkongsi topik-topik yang bermanfaat dengan kumpulan yang relevan.  

Bantuan Baucar dan Tunai (CVA) Dalam Landskap Bantuan Kemanusiaan Negara

9 Februari 2021

Melalui kerja-kerja yang dilakukan oleh ahli-ahli panel – mereka menyeru para organisasi untuk menggunakan kaedah CVA dalam menyalurkan bantuan, memandangkan kaedah ini menjimatkan kos dan masa, lebih telus dan mudah dikesan, lalu mengurangkan risiko salahguna dana. Walaubagaimanapun, ada kalanya CVA tidak praktikal di kawasan-kawasan yang sumbernya terhad. Oleh itu, bantuan tunai mungkin menimbulkan isu keselamatan atau situasi yang tidak menyenangkan.

Mesej daripada sesi tersebut ialah maruah amat penting di dalam setiap aspek. Memberi pilihan kepada mereka yang dibantu bukan sahaja dapat mengukuhkan pemerkasaan, malah dapat mengurangkan pembaziran, di mana ia dapat dicapai melalui pelaksanaan CVA.  

Antara penyelesaian yang menjurus kepada CVA termasuk gabungan tunai di Malaysia, dilengkapi dengan sistem perlindungan sosial dan membangunkan kapasiti organisasi bantuan bagi memahami perlunya bertukar daripada pemberian sumbangan barangan kepada tunai.

Peranan Utama Seni di dalam Normal Baharu Masyarakat

20 April 2021

Webinar yang dijalankan oleh Pam Guneratnam, pakar psikologi, dan Ajim Juxta, seorang penggiat seni, bertujuan mengetengahkan seni sebagai medium menenangkan minda dan mengatasi kemurungan, atau kesunyian. Mereka berkongsi pengalaman menggunakan seni sebagai mekanisma mengatasi isu ini, apatah lagi pada waktu isolasi yang panjang akibat pandemik.

Selain daripada peranan seni dalam mengatasi isu-isu kesihatan mental dan kesejahteraan hidup secara amnya, sesi ini turut menekankan impak pandemik terhadap semua pihak termasuk komuniti seni.

Kecintaan pada Alam Sekitar  

8 Jun 2021

Perbincangan ahli panel ini bertujuan untuk mengenal pasti, memberi pendedahan dan belajar mengenai individu-individu luar biasa di luar dunia konservasi alam sekitar, namun punya rasa tanggungjawab bagi menyokong dan menerajui perlindungan biodiversiti Malaysia.  

Seminar ini membawa mesej bahawa melindungi persekitaran bukan sahaja tanggungjawab pencinta alam sekitar dan pakar-pakar konservasi. Ramai individu daripada pelbagai lapisan masyarakat menjalankan aktiviti-aktiviti konservasi mengikut kemampuan masing-masing. Sesi ini mengajar kita tentang faktor-faktor yang menggalakkan dan memberi inspirasi kepada mereka, di samping konservasi alam sekitar yang amat dekat dengan mereka.

Masa Hadapan Platform Ekonomi

29 Julai 2021

Sesi ini memberi fokus terhadap isu-isu berkaitan ekonomi digital, terutamanya platform kerja digital.  

Melalui hasil kaji selidik dan pengalaman menggunakan platform ekonomi digital di Malaysia, para penceramah berbincang mengenai perubahan yang dapat memberi manfaat kepada para pekerja di era ekonomi hari ini, di samping cabaran menyediakan jaringan yang selamat dan pembangunan kemahiran untuk mereka. 

Webinar ini bertujuan mendedahkan peserta-peserta kepada perspektif yang lebih luas berkenaan bagaimana kerja-kerja digital membentuk polisi buruh negara, serta tindakan yang diambil oleh badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan bagi memastikan peluang dan perlindungan yang adil dapat diberi kepada pekerja-pekerja ini. 

#BerbudiBersama: Meraikan Semangat Malaysia

30 September 2021

Sempena tema Hari Kemerdekaan 2021, Malaysia Prihatin, dan Kempen Berbudi Bersama Khazanah Nasional, sesi ini meraikan dan memupuk rasa kebersamaan dan keprihatinan antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang sosial.

Ahli-ahli panel berkongsi pengalaman masing-masing dalam menempuh pelbagai cabaran demi melakukan kebaikan dan menggalakkan rakyat Malaysia turut serta, tidak kira kecil atau besar bantuan yang dihulur. Walau apa jua, pasti ada cabaran-cabaran yang menanti. Namun begitu, ahli-ahli panel sentiasa menekankan bahawa akan ada yang menghulurkan bantuan dan inilah yang mengubah segalanya.

 

PENINGKATAN KAPASITI & PEMERKASAAN

Dari semasa ke semasa, kami menganjurkan program peningkatan kapasiti untuk rakan-rakan kerjasama organisasi pertubuhan awam kami. Selain daripada sumbangan dana, kami beriltizam memperkasakan rakan-rakan kerjasama kami menerusi pengetahuan dan menyokong mereka ke arah organisasi yang efisien.

Latihan Media

6, 7, 10, 13, 14 Disember 2021

Membangunkan strategi advokasi awam dan media yang baik merupakan komponen asas tugasan yang baik dilaksanakan oleh mana-mana organisasi pertubuhan awam.

Bagi menyokong mereka, siri bengkel-bengkel latihan media yang memberi impak (empat modul interaktif telah dijalankan secara maya selama 2.5 jam via sesi Zoom), selama dua minggu. Modul termasuk kemahiran-kemahiran seperti penulisan untuk menyampaikan impak, seni reka grafik dan video sosial, serta cara meningkatkan interaksi media sosial.  

“Latihan ini amat menarik, daripada topik, perkongsian cerita dan kempen, tidak ketinggalan kepakaran jurulatih Mr Ian Yee. Ia membantu kami dalam melaksanakan tugas-tugas media dan memperbaiki cara kerja menggunakan pelbagai medium yang ada. Saya juga amat menghargai sesi-sesi tunjuk ajar yang membuatkan kami lebih faham mesej yang ingin disampaikan serta penjenamaan dan membolehkan kami merancang pendekatan masa hadapan.” - Nuraizah Shamsul Baharin, Presiden, Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (WENA)

“Latihan ini mengajar saya: Pertama, strategi dan pelan komunikasi/media amat penting bagi memastikan kita menepati tarikh akhir, di samping memantau keberkesanan isi kandungan. Kedua, sertakan foto dan video untuk menarik perhatian pembaca dan ketiga, mengenalpasti komponen penting berita untuk kenyataan akhbar.” - Theresa Ng, Pengurus Pembangunan Program, Reef Check Malaysia

Penjagaan Diri; Mengimbangi Hati dan Minda

18 November 2021 - 27 Januari 2022

Sepanjang lapan sesi bimbingan kumpulan maya yang dijalankan selama 11 minggu, fokus utama adalah pembentukan keperibadian individu. Dengan memaksimumkan potensi dan membina kapasiti untuk membimbing sahsiah diri, program ini bertujuan melipat gandakan impak perubahan yang dicetuskan oleh para pemimpin ini dan seterusnya menghidupkan budaya membimbing di dalam organisasi mereka.

Dijalankan oleh Puan Sri Maimon Arif, pembimbing terlatih daripada Persatuan Pembimbing Antarabangsa (ICF). Antara modulnya termasuk penyelarasan kumpulan, penjagaan diri, empati dan empati diri, perhubungan, kesihatan dan kesejahteraan, kewangan, kepimpinan dan refleksi terhadap perjalanan transformasi diri serta cara untuk terus melangkah ke hadapan.

Walaupun peserta meletakkan pelbagai harapan terhadap sesi ini, terdapat persamaan di antara mereka seperti kurang keyakinan untuk menjalankan tugas pada jawatan baru, hilang motivasi akibat tiada kemajuan dalam kerjaya, tidak pasti untuk menetapkan sasaran hidup, hidup yang dirasakan kosong, perlunya berhenti bersikap negatif dan berbelah bahagi dalam memperbaiki diri. 

Di akhir program, sebahagian daripada maklum balas yang diterima termasuk pengetahuan dalam pengurusan diri, iaitu minda yang lebih jelas, kesihatan mental yang lebih positif, lebih berkeyakinan, lebih percaya diri, kesedaran diri yang lebih baik, lantas berupaya menetapkan matlamat dan hala tuju hidup masing-masing.

Sesi Dialog

Dalam melaksanakan tanggungjawab kami sebagai yayasan penganugerahan geran, menerajui kepimpinan pemikiran merupakan sebahagian daripada tugas kami. Selari dengan peranan kami sebagai pemangkin kepada perubahan, kami percaya dengan sentiasa menawarkan penghargaan secara konsisten dapat menjadikan ekosistem Malaysia lebih progresif dan menyeluruh.

3 Jul 2021

Pembangunan Profesional Kepimpinan Pendidikan: Satu Naratif Baru

Pelancaran Portal Connecting Dots Learning oleh Connecting Dots Learning / Dr Amin Senin (Mantan KP Pendidikan)

7 Jul 2021

Webinar: Industri Kreatif Negara: Kelangsungan Hidup Era Pandemik COVID-19

Dianjurkan oleh Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM, bersempena Anugerah WAVE 2021

27 Jul 2021

Program Pembinaan Kemahiran Dan Keupayaan Bagi Pembangunan Bandar Mampan Dan Hijau

Dianjurkan oleh Kumpulan Kerajaan-Industri untuk Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT)

14 Aug 2021

Memperluaskan Lanskap Kemanusiaan: Menyatukan NGO, Pertubuhan Amal dan Perusahaan Sosial dalam Membasmi Kemiskinan

Di Hari Membasmi Kemiskinan Antarabangsa Maya 2021 yang dianjurkan oleh Yayasan Sejahtera..

26 Okt 2021

Break the Ceiling Touch the Sky (Edisi Antarabangsa) 2021

Belajar amalan terbaik dari Kerjasama dan Kolaborasi sektor-sektor badan kebajikan, kerajaan dan korporat.

Sorotan Peristiwa

Dari memastikan tanggungjawab dipenuhi hinggalah memupuk kesedaran terhadap pelbagai inisiatif oleh Hasanah dan rakan kerjasama kami, media memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan visi kami secara kolektif.

Melangkah Ke Hadapan

Pada tahun 2022 ini, Hasanah menjanjikan komitmen berterusan dalam menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan melalui solusi-solusi dan pendekatan yang memperkasakan komuniti, menggalakkan penglibatan sosial dan menambah baik alam sekitar, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).

Geran Khas Hasanah (HSG) 2022

Permohonan HSG 2022 kini dibuka, dengan peruntukan maksimum sebanyak RM2,500,000 disediakan untuk projek terpilih dalam jangka masa tiga tahun, bergantung kepada durasi dan kriteria projek tersebut.

Terdapat dua kategori dana di bawah HSG 2022 iaitu Dana Pembangunan Organisasi (ODF) – bertujuan mengukuhkan operasi rakan kerjasama kami – dan Dana Pengurusan Program (PMF) – bertujuan menyokong kelestarian inisiatif-inisiatif.

Seiring dengan matlamat Hasanah dalam memberi impak jangka panjang, rakan-rakan kerjasama turut dibantu melalui peningkatan keupayaan, sebagai tambahan kepada dana daripada geran yang dianugerahkan. 

Maklumat tentang Penilaian Kelayakan, perincian HSG 2022 dan panduan permohonan boleh didapati di https://yayasanhasanah.org/hasanah-special-grant-2022/

Arts for All Seasons (ArtsFAS) 2022

Dilancarkan pada tahun 2020 bagi menangani isu punca pendapatan para penggiat seni yang terjejas akibat pandemik, ArtFAS kini merupakan acara tahunan yang diadakan pada setiap suku tahun ketiga. 

Merupakan wadah untuk mengetengahkan dan menghargai artis dan seni tempatan, pelbagai persembahan, tayangan, teater, bengkel-bengkel, pameran, pesta dan aktiviti-aktiviti seni yang lain.

Selain daripada itu, ArtFAS berperanan sebagai platform untuk dialog dan wacana intelektual yang membincangkan isu-isu berkaitan seni dan penggiatnya. 

Inisiatif ArtFAS 2021 mempunyai impak tersendiri apabila RM1.4 juta dana diperuntukkan yang menyediakan 1,355 peluang ekonomi buat komuniti seni. Ini dapat dicapai melalui 21 rakan kerjasama seni, budaya dan warisan Hasanah dan 61 persembahan awam. 

Permohonan ArtsFAS 2022 dibuka pada Jun 2022. Layari www.artsfas.org untuk maklumat lanjut.

Bantuan Bencana Kemanusiaan (HDR)

HDR menyediakan dana untuk komuniti yang terkesan akibat bencana alam mahupun angkara manusia. 

Mengambil kira impak pandemik terhadap sosio-ekonomi, peruntukan dana HDR meningkat sepuluh kali ganda pada tahun 2020.

Pada tahun 2021, kami menyalurkan bantuan kepada 110,599 individu dengan bantuan 97 rakan kerjasama lapangan melalui usaha-usaha menangani COVID-19 dan banjir.

Dana ini diagihkan sepanjang tahun. Organisasi-organisasi yang layak memohon mestilah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, Pendaftar Syarikat atau Akta Penubuhan Pemegang Amanah 1952. Dana ini terbuka untuk projek-projek di seluruh negara.

Untuk pertanyaan dan/atau kertas cadangan, emelkan kepada hrd@hasanah.org.my

Program Biasiswa Khazanah

Misi Yayasan Khazanah adalah untuk menyokong komitmen Yayasan Hasanah dan Khazanah Nasional dalam membangunkan modal insan secara aktif dan memastikan Malaysia terus memperbaiki tahap daya saing di arena global.

Sokongan kewangan merupakan salah satu bahagian daripada misi tersebut dan perjalanan bermula apabila rakyat Malaysia yang layak menerima biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti berprestij di dalam negara mahupun di seberang laut.

Selain daripada bantuan kewangan, banyak peluang berharga disediakan kepada pelajar-pelajar yang ditaja oleh Khazanah termasuklah program-program pembangunan karakter dan kepimpinan, pembangunan individu di bawah bimbingan jurulatih bertauliah serta program mentor oleh tokoh-tokoh korporat.

Yayasan Khazanah berharap dapat membentuk lebih ramai generasi pemimpin yang bakal menyumbang kepada syarikat-syarikat hubungan kerajaan (GLC) dan organisasi-organisasi ternama tempatan ataupun global.

Program Biasiswa Khazanah Global (Pengajian A-Level)

Menawarkan peluang untuk pelajar-pelajar cemerlang meneruskan pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM (persediaan untuk menyambung pelajaran di universiti-universiti yang diiktiraf di luar negara).

Permohonan dibuka dari 10 sehingga 30 Jun 2022.

Program Biasiswa Watan Khazanah (Program Asasi dan Ijazah Sarjana Muda)

Menawarkan biasiswa buat rakyat Malaysia yang cemerlang untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah di universiti-universiti tempatan yang terulung.

Permohonan dibuka dari 10 sehingga 30 Jun 2022.

Program Biasiswa Chevening-Hasanah (Ogos-Nov 2022)

Program Biasiswa global ini - dianugerahkan oleh kerajaan UK dan ditaja oleh Foreign, Commonwealth and Development Office (FCDO) dan Yayasan Khazanah – membiayai rakyat Malaysia yang mempunyai pencapaian luar biasa serta memiliki potensi kepimpinan, yang membolehkan mereka meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang pilihan masing-masing di universiti-universiti terbaik British (berdasarkan Kedudukan Reputasi Dunia Pendidikan Tinggi Times).

Permohonan dijangka dibuka dari bulan Ogos hingga November 2022.

Biasiswa Rhodes untuk Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Khazanah (Jun - Ogos 2022)

Biasiswa pasca-siswazah yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang di seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford. Rhodes merupakan program biasiswa tertua dan paling berprestij di dunia, bertujuan membentuk semangat semula jadi pemimpin, demi masa hadapan dunia.

Permohonan dibuka dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2022.

ACE 2 Kursus Eksekutif Jangka Masa Pendek (Sepanjang Tahun)

Dana disediakan untuk mana-mana individu yang ingin meningkatkan kemahiran diri dengan menghadiri Kursus Eksekutif Jangka Masa Pendek, antara dua minggu ke tiga bulan, merangkumi yuran kursus dan tiket pergi-balik kelas ekonomi (sekiranya kursus dijalankan di luar negara).  

Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Maklumat tentang kelayakan, kriteria pemilihan dan sebagainya di: https://www.yayasankhazanah.com.my 

Ikuti @yayasankhazanah di Instagram untuk berita terkini.

Government-Linked Companies and Government-Linked Investment Companies Demi Rakyat dan Negara (GDRN)

Ditubuhkan pada tahun 2013 melalui Jawatankuasa GLC Berprestasi Tinggi Putrajaya, GDRN dikenali sebagai Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).  

Kini, ia dikenali sebagai GLC Demi Rakyat dan Negara, dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob pada 11 Mac 2022.

Moving forward, GDRN’s expanded scope will see a larger number of GLCs and GLICs collaborating to spearhead social impact efforts in times of dire need. It is defined by three core initiatives which are Jalinan Ilmu (Education), Jalinan Sejahtera (Community Livelihood Programmes) and Jalinan Kemanusiaan (Humanitarian Response).

Ikuti @gdrnbantu di Instagram untuk maklumat terkini.

Geran Pendanaan ‘Seed & Growth’ Perusahaan Sosial 2022

Dengan matlamat membuat perubahan mampan yang berkesan di dalam negara, dana ini bertujuan memperkasa dan menyokong pembangunan organisasi-organisasi aktivis dan inovator sosial memandangkan mereka terus menerus membantu komuniti yang memerlukan di samping menangani isu-isu sosial dan alam sekitar.

Skop geran merangkumi penyelesaian-penyelesaian inovatif dalam pendidikan, komuniti, kelangsungan hidup, jaminan makanan, kesejahteraan sosial dan kesihatan, perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan budaya. 

Program dalam kertas cadangan boleh dilaksanakan dalam tempoh 12 ke 24 bulan, mulai Ogos 2022 sehingga Julai 2024.

Dana berjumlah RM5 juta telah disediakan, yang merupakan sebahagian daripada dana RM75 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan untuk Dana Khas Hasanah 2022. 

Permohonan dijangka dibuka dari Jun hingga Julai 2022.

Untuk maklumat lanjut, layari www.yayasanhasanah.org

INGIN MENJADI RAKAN KERJASAMA

YAYASAN HASANAH

Sebagaimana peribahasa ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’, usaha-usaha kerjasama strategik dan kolaborasi adalah keutamaan kami. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nilai- nilai murni yang ditonjolkan oleh pelbagai pihak yang bekerjasama sangat ketara. Secara kolektif, kami berupaya memberi impak yang besar terhadap golongan terpinggir dan rentan.

Sebagai yayasan penganugerahan geran, kami menyokong program-program pemangkin, lestari, yang boleh diadaptasi, dan berpotensi untuk berkembang; program-program yang melibatkan pemikiran jangka panjang dalam mencapai impak sosial yang positif.

Bukan itu sahaja, organisasi-organisasi yang menjadi rakan kerjasama kami turut menerima bantuan berupa nasihat strategik dan perniagaan, latihan-latihan dan bengkel-bengkel, perkongsian amalan terbaik, peluang berinteraksi dan bertukar-tukar pengetahuan antara rakan-rakan kerjasama.

Program Geran Hasanah

Geran Hasanah dianugerahkan kepada Organisasi Pertubuhan Awam yang mengusulkan projek-projek selari dengan strategi bidang fokus Hasanah.

Geran Kecil

Bantuan berskala kecil yang menggalakkan perkembangan dan perubahan positif dalam bidang tumpuan Hasanah.

Dana Sokongan Komuniti

Focus on small scale initiatives that allow immediate and rapid aid, assistance or relief for the communities within all focus areas supported by our Partners.

Dana Bantuan Bencana Kemanusiaan

Menyokong dan menyediakan individu, komuniti dan organisasi untuk menerima, memberi maklumbalas, berkolaborasi, dan menguruskan bantuan kemanusiaan serta bencana dengan lebih efektif dan efisyen.

Kaji Selidik dan Kajian Berdasarkan Bukti

Sesi dialog, program-program dan kempen-kempen kesedaran dengan orang berkepentingan yang diadakan sepanjang tahun, selari dengan lima bidang fokus kami.

Tajaan

Menyokong inisiatif-inisiatif yang bukan berkekalan (majlis makan malam amal, seminar, pertandingan, dan lain-lain.) selari dengan mandat Hasanah.

© Yayasan Hasanah 2022

ms_MYMalay

Selain daripada inisiatif-inisiatif Bantuan Bencana Kemanusiaan berkaitan pandemik dan bencana banjir, tahun 2021 turut menyaksikan pertambahan skop tugas termasuk fokus terhadap kesihatan mental serta kebajikan haiwan. 

Program Kesihatan Mental PINTAR-UTAR untuk warga pendidik dan kaunselor di Sarawak mengetengahkan isu kesihatan mental di kalangan belia serta melatih para pendidik dalam mengenalpasti cabaran-cabaran psikologi. 

Sumbangan juga penting buat penerima Dana Khas Hasanah iaitu Bahtera Noah Ipoh. Persatuan ini banyak menerima panggilan untuk menyelamatkan kucing-kucing dan anjing-anjing terbiar di sepanjang pandemik termasuk penyediaan makanan, penjagaan serta perlindungan. 

Tiada diskriminasi dalam menangani krisis. Penerima sumbangan adalah daripada pelbagai lapisan masyarakat dan pertubuhan; inilah keistimewaan dan kehebatan rakyat Malaysia.  

Di Sabah, kami berganding bahu dengan Persatuan Pendidikan Bajau Laut, atau lebih sinonim dengan Iskul Sama diLaut Omadal yang mengajar anak-anak tidak berdaftar di Pulau Omadal Semporna sejak tahun 2015.

Manakala di Sarawak pula, rakan kerjasama kami Whatmatters berusaha menangani masalah nutrisi golongan miskin bandar B40 dengan mengering, membeku dan mengetin makanan bernutrisi tinggi yang dibeli daripada petani luar bandar. 

Menggabungkan isu persekitaran dan kelangsungan hidup, Program Penanaman Buluh bagi Pemerkasaan Luar Bandar telah diadakan untuk membantu 50 Orang Asal Pos Poi, Perak manakala Program Kitar Semula dan Naiktaraf Plastik Beyond Bins Biji-Biji di Kampung Tengah, Puchong dapat menjana pendapatan di samping memastikan sisa buangan plastik diuruskan dengan sebaik mungkin. 

Pada masa yang sama, program berkaitan modal insan turut dititikberatkan. Pemain erhu, Tommy Chin yang kehilangan pekerjaan ketika pandemik memperoleh peluang kedua apabila dipilih untuk membuat persembahan di pusat-pusat vaksinasi, manakala Persatuan Konservasi Penyu Malaysia memperkasakan Wanita di dalam komuniti dengan memberi latihan dalam bidang jahitan, pemasaran, fotografi dan kewangan. 

Bantuan yang dipinta datang daripada segenap lapisan masyarakat dan rakan-rakan kerjasamai serta pihak-pihak yang memerlukan tetap bersemangat waja dalam mengharungi pelbagai cabaran; inilah ciri utama yang ditonjolkan.

Mesej

Pengerusi

Tan Sri Md Nor Yusof

Kerja-kerja yang Yayasan Hasanah laksanakan mengandungi pelbagai komponen yang selari dengan mandat kedua nilai agihan kepada pemegang berkepentingan awam. 

Kolaborasi merupakan pemboleh asas utama Yayasan Hasanah.

Sejak penubuhannya pada tahun 2015, Hasanah telah mengagihkan lebih kurang RM1.3 bilion kepada lebih sejuta orang. Walaubagaimanapun, kita tidak dapat melaksanakan tanggungjawab ini tanpa kolaborasi positif dengan pelbagai pihak. Sumbangan kita merangkumi golongan penerima yang lebih luas melalui pelbagai intervensi sepanjang tahun.

Saya tidak pernah ragu terhadap objektif utama penubuhan Yayasan Hasanah iaitu sebagai penyuntik semangat buat skuad kami, ke arah pelaksanaan dan sumbangan yang lebih berkesan.

Rakan kerjasama kami termasuklah organisasi-organisasi pertubuhan awam, badan-badan korporat dan kerajaan, jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian di Malaysia. Langkah awal dalam menghulurkan bantuan dengan lebih efektif adalah memahami keperluan komuniti. Seterusnya, bertindak secara kolektif, bukan berasingan.

Pendekatan berasaskan keperluan dalam membantu mengurus dan menyokong golongan ini amat penting bagi mengelakkan pembaziran sumber serta usaha yang bertindan.

Di dalam eko-sistem kolaborasi, Hasanah memegang peranan sebagai konvener, fasilitator dan ejen perubahan terhadap lima fokus utama iaitu Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Alam Sekitar, Seni dan Ruang Awam serta Pengetahuan. Sebagai pemangkin perubahan, saya amat berbangga dengan pencapaian Yayasan Hasanah yang memberangsangkan, sebagai tangan kanan Khazanah Nasional yang banyak membantu ke arah Malaysia yang lebih berpotensi.

Saya dengan suka citanya mempersembahkan Laporan Hasanah 2021 sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah kami bantu; biarpun pelbagai halangan dihadapi, mereka tetap cekal mengharungi cabaran.

Sudut Pandang

Pengarah Urusan

Dato’ Shahira Ahmed Bazari

Apabila COVID-19 diisytiharkan sebagai pandemik di seluruh dunia, pada mulanya ia dikira hanya sebagai krisis kesihatan, tapi dengan sekelip mata ia berubah menjadi krisis sosio ekonomi yang serius. 

Pada tahun lalu, Laporan Insiden Kemiskinan dan Anggaran Pendapatan Isi Rumah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa lebih kurang setengah juta golongan berpendapatan sederhana M40 telah jatuh ke dalam kategori B40 pasca pandemik.

Dalam kita menempuhi peningkatan kadar pengangguran dan kehilangan punca pendapatan, di samping kematian akibat pandemik, krisis iklim dan banjir besar pula turut memberi kesan kepada ramai antara kita.

Amat luarbiasa - walaupun mereka berkali-kali didatangi pelbagai cabaran, apa yang saya dan skuad Hasanah dapat saksikan hanyalah kecekalan dan ketabahan yang tinggi di dalam komuniti yang kami bantu. 

Atas sebab inilah Laporan Hasanah 2021 menekankan tema Cekal Mengharungi Cabaran.

Situasi ini mengingatkan saya kepada ungkapan Dr Martin Luther King Jr yang berbunyi, “Keperibadian sebenar seseorang bukanlah pada pendiriannya ketika masa senang, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar.”

Bagi saya, ungkapan ini menggambarkan kekuatan setiap individu yang berupaya mengharungi cabaran di tengah-tengah pandemik, bencana alam dan krisis ekonomi. Yayasan Hasanah sendiri menyaksikan tahun yang agak mencecah rekod baharu dengan jumlah projek yang dianugerahkan, individu yang dibantu dan dana yang diagihkan melebihi tahun-tahun sebelumnya. Cekal Mengharungi Cabaran bukan hanya dilihat di kalangan komuniti, malahan di kalangan kakitangan kami, serta sektor korporat yang memecah rekod sumbangan dana CSR, termasuk sektor perkhidmatan awam. 

Tahun 2021 turut menjadi saksi akan kekuatan kita apabila saling berkerjasama.

Kolaborasi dan kerjasama merupakan tunggak utama sumbangan tahun lepas, di mana tindak balas secara kolektif daripada kerajaan, GLC dan sektor swasta membolehkan koordinasi dan impak yang lebih berkesan. 

Bersama-sama, kita boleh memanfaatkan keupayaan dan sumber masing-masing dengan usaha yang bersepadu. Ini dapat memastikan bahawa bantuan dan sokongan dapat dihulurkan kepada komuniti yang memerlukan, dengan lebih efisien.

Sebagai contoh, model kolaborasi yang signifikan pada tahun lalu merupakan usaha GDRN, iaitu Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan. GDRN telah membawa transformasi dalam pengurusan tindak balas yang lebih selaras, ketika pandemik dan bencana banjir pada Disember 2021. Dana daripada 39 syarikat berjumlah RM207 juta telah diagihkan untuk dimanfaatkan oleh mereka yang terkesan teruk akibat pandemik dan banjir.

Manakala melalui inisiatif perintis CERDIK, 32 syarikat GLC organisasi-organisasi korporat berganding bahu untuk menyumbangkan lebih 150,000 komputer riba dan peranti berserta akses data. Inisiatif ini telah membolehkan pelajar-pelajar daripada golongan berpendapatan rendah tidak ketinggalan dalam pembelajaran atas talian.

Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan buat Kementerian Kewangan atas kepercayaan yang diberi kepada Yayasan Hasanah dalam melaksanakan pelbagai program sosial dan bantuan kecemasan melalui pakej-pakej rangsangan, di samping peruntukan Bajet 2022 yang membolehkan kita memberi impak kepada 1.48 juta orang sepanjang tahun 2021. Kerjasama ini berteraskan struktur tadbir urus yang kukuh, kepercayaan dan kebolehsuaian dalam memenuhi keperluan yang mendesak. Ini merupakan faktor utama kejayaan sesebuah kerjasama kerana pelaksanaan yang pantas amat penting demi membantu mereka yang memerlukan.

Buat rakan-rakan pelaksana kami, lihatlah betapa kuatnya “KITA” apabila berkerjasama.

Bagi kami, berganding bahu bererti berupaya menyumbang ke arah Memajukan Malaysia, insan demi insan, merentasi segenap lapisan masyarakat. 

Jumlah individu yang mendapat manfaat Yayasan Hasanah sepanjang tahun 2021 adalah sebanyak 66% daripada jumlah keseluruhan sejak tahun 2015. Sementara itu, jumlah dana yang diurus, rakan-rakan kolaborasi dan projek-projek yang diselia mewakili hampir separuh daripada jumlah keseluruhan sejak penubuhan Yayasan.

Namun begitu, rekod baharu untuk keperluan bantuan yang mendadak ini menjadi peringatan yang mendedahkan jurang dalam sistem perlindungan sosial negara. Pandemik ini menyaksikan realiti pahit di mana ramai individu yang terkesan hebat dalam mengharungi cabaran getir ini.

Dalam merenung kembali perjuangan kita sepanjang pandemik ini, amat penting untuk kita menilai semula sistem perlindungan sosial negara dengan pandangan yang lebih holistik. 

Seiring dengan keperluan semasa, kami turut menaiktaraf model pertumbuhan kami dalam mengembangkan rangkaian rakan kerjasama kami, serta menambah baik sistem penilaian impak agar kami lebih memahami dan seterusnya memenuhi keperluan komuniti.

Kita sering mendengar ungkapan, “Jika ingin bergerak pantas, bergeraklah seorang diri. Tetapi jika ingin melangkah jauh, melangkahlah bersama-sama”. Harapan kami adalah agar kita dapat terus melangkah jauh, dengan rakan kerjasama Yayasan Hasanah.

Saya juga amat berterima kasih kepada Lembaga Pemegang Amanah atas bimbingan yang amat berharga, dan tidak lupa juga buat skuad Hasanah yang turut sama cekal berjuang pada tahun yang penuh dengan cabaran ini.

Kepada semua rakan kerjasama Yayasan Hasanah, saya berharap Laporan Tahunan Hasanah yang dipaparkan di sini memberi manfaat dan sedikit sebanyak dapat memberi gambaran akan perjuangan kami pada tahun 2021. 

Sekian, assalamualaikum w.b.t. dan terima kasih.