Kebangkitan Semula Seorang Artis

Tommy Chin Hong Wei memilih untuk belajar bermain alat muzik erhu pada usia 12 tahun kerana jatuh cinta dengan bunyi alat itu yang mirip seperti nyanyian suara. Bermain erhu ini memerlukan kemahiran yang amat tinggi, namun Tommy menguasainya dengan mudah.

Kemahiran luar biasa itulah yang sentiasa membuatkan beliau tetap bersemangat walaupun terpaksa berhenti membuat persembahan apabila pandemik COVID-19 melanda.

“Waktu itu sangat sukar,” ujarnya sambil menghela nafas. “Nasib baik saya ada motosikal jadi saya pun buat penghantaran makanan”.

Ketika kelas muzik dihentikan dan persembahan pentas tidak dapat diteruskan, terpilih untuk membuat persembahan di PPV MITEC di bawah Program Seni Sepanjang Zaman Hasanah sememangnya sebuah peluang keemasan buat Tommy.

Ketua bidang impak Seni dan Ruang Awam, Zainariah Johari mencadangkan idea ini setelah mendapat inspirasi melihat pemain cello bertaraf dunia, Yo-Yo Ma membuat persembahan di stesen kereta api bawah tanah.

Buat sesetengah artis, ini merupakan persembahan berbayar mereka yang pertama sejak pandemik.

Mengingati semula pengalaman unik membuat persembahan di PPV, Tommy memberitahu bahawa ramai yang ingin tahu tentang alat muzik tradisional Cina ini. Secara tidak langsung, ia memberi kesedaran bahawa Malaysia patut meraikan budaya berbilang bangsa, di mana pada Zainariah kesedaran ini merupakan aset yang amat bernilai.

Pada bulan lepas, Tommy kembali mengajar semula di sekolah muzik lama beliau.


“Saya amat terkejut melihat sebahagian daripada pelajar saya kini lebih tinggi dan ada yang sudah melangkah ke sekolah menengah!” ujar beliau dalam keterujaan melaksanakan tugas yang sememangnya menjadi minatnya.

Variasi alunan muzik erhu yang merdu – biarpun ceria maupun duka – ia juga menggambarkan suka-duka Tommy dalam menjalani kehidupan sebagai ahli muzik hingga kini, dan beliau akan terus berdansa dalam alun iramanya.

ms_MYMalay