Sebuah Kerjasama Yang Terbina Berasaskan Buluh

SEAD Industries Sdn Bhd (SEAD) dan komuniti Orang Asal Pos Poi bekerjasama melalui penanaman buluh. 

Bagi SEAD, penggunaan buluh merupakan nadi operasi yang berkait rapat dengan industri binaan yang mampan, manakala bagi komuniti Pos Poi, buluh adalah sumber penting dalam kehidupan mereka sejak dulu lagi. 

“Memandangkan permintaan semakin tinggi, kami memerlukan lebih ramai pekerja. Tetapi generasi muda di syarikat kami kurang mewarisi kebijaksanaan mereka yang lebih berpengalaman,” terang Pengarah Eksekutif SEAD, Lucas Loo. 

Buluh mudah reput. Sekiranya tidak dituai dengan betul, ia akan mati.  

Bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk, syarikat yang terlibat menyediakan latihan kaedah menuai yang lebih mampan.  

Dana Hasanah membolehkan program latihan rasmi dibangunkan, dengan membeli peralatan khusus serta memberi elaun kepada peserta. Dana ini membolehkan SEAD meningkatkan jumlah penuai daripada 10 kepada 31, dengan sasaran 500 penuai menjelang 2024. 

Koordinator Tuaian Buluh Mampan, Rosli bin Itam merupakan perantara di antara SEAD dan komuniti.

“Yang lain hanya berminat untuk membeli buluh pada harga tetap, tanpa memikirkan sebarang kesan jangka panjang. Harga SEAD bergantung kepada kualiti buluh,” ujar Rosli, sambil menambah, ”Program ini telah memberi kesedaran dan memudahkan proses tuaian.” 

Beliau berharap program seperti ini akan dikembangkan lagi agar Malaysia menjadi terkenal kerana pengeluaran buluh, sepertimana negara-negara pengeluar Asia Tenggara yang lain. 

Program ini amat bertepatan dengan Kawasan Impak Persekitaran Hasanah. 

Ketua Persekitaran Ivy Wong Abdulah berkata, ”Ia membantu memulihkan ekosistem kita dengan menjadikan kawasan terbiar sebagai kawasan produktif serta menyumbang ke arah agenda mampan kami dalam mengurangkan pertukaran cuaca.” Program ini merupakan sebahagian daripada pelan membaikpulih 20 hektar tanah lombong di Kinta Nature Park.

Ternyata buluh menepati pelan tersebut. 

ms_MYMalay