Melangkah bersama E-Dagang

Ibu kepada lima orang anak, Suzilawati binti Jaafar (atau dikenali dengan nama Kak Ti) mempunyai rutin kerja yang tetap setiap hari.

Biarpun jadual tugas hariannya padat, beliau kini turut menguruskan perniagaan.

“Saya mengikuti sesi penerangan sambil memasak dan memantau tempahan di samping menjalankan kerja-kerja rumah,” kak Ti berkongsi keterujaannya. Sejak melibatkan diri dengan perniagaan atas talian, beliau bukan sahaja dapat menjana pendapatan keluarga, malah dapat berinteraksi dengan rakan-rakan niaga, lama dan baharu.

Terima kasih kepada program Teknologi Membantu Golongan Kurang Upaya (OKU) Meningkatkan Sumber Pendapatan (IT4OKU) yang dianjurkan oleh YOKUK, A Foundation for the Disabled & Underprivileged.

Program ini menyediakan peluang buat mereka yang berlainan keupayan, sama ada fizikal ataupun intelektual dan Kak Ti merupakan salah seorang daripada 20 orang peserta. Sebelum menyertai program ini, beliau terpaksa membawa dua orang anaknya yang kurang upaya ketika menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah dan ia membuatkan pergerakan Kak Ti terhad di sekitar kawasan rumahnya sahaja.

“Populariti pembelian dan penjualan atas talian ketika PKP mencetus idea program IT4OKU. Objektif utama kami adalah untuk melatih mereka yang kurang upaya serta ahli keluarga mereka cara berniaga atas talian,” ujar Ketua Pegawai Operasi YOKUK, Sulaini Mat Il.

Menurut Sulaini, selain daripada dana, Hasanah turut memberi panduan dan tunjuk ajar dalam menjalankan program-program latihan.

Selepas menghadiri sesi latihan dengan pelbagai jenama, para peserta bebas memilih produk yang ingin mereka jual. Kak Ti memilih produk makanan yang beliau suka, dengan harapan penjualannya laris.

Kini kedua orang anaknya turut membantu melaksanakan tugas-tugas mudah seperti menampal pelekat pada produk. Beliau berharap agar anak-anaknya dapat meningkatkan penglibatan merek dalam perniagaan apabila ia berkembang suatu masa nanti.

ms_MYMalay