Projek yang Memberi Impak kepada Keluarga B40 Bandar dan Petani Luar Bandar

Pek prihatin “Mengatasi masalah nutrisi golongan B40 Bandar” bukan bantuan makanan biasa.

Setiap bahan di dalam pek prihatin ini dikaji secara terperinci. Ia mengandungi 1kg beras berkualiti, 10 paket produk kering, suplemen emulsi kelapa dara dan 10 makanan dalam tin.

Impian Ketua Projek, Marian Chin untuk menyajikan keunikkan masakan Sarawak telah membawa kepada proses mengetin ayam pansuh, ikan terung asam dan rebung rebus. Namun, pandemik telah mengekang pelan ini. Kerana itu, Marian mengambil keputusan untuk mengagihkan makanan dalam tin itu sebagai bantuan.

Selain daripada golongan B40 Bandar, Marian sering khuatir kepada golongan sasaran sosio-ekonomi yang selalu terpinggir seperti petani luar bandar, Jayah anak Bohoi dari Kampung Ensika. Beliau telah bertani sejak sekian lama dan di tanah miliknya terdapat tanaman seperti lada, padi, kacang panjang, terung dan pisang.

Jayah kini menikmati tambahan pendapatan sejak terlibat dengan projek ini, di mana 50 petani seperti beliau berjaya memperoleh pendapatan terkumpul sebanyak RM114,593.04. Menjadi pembekal kepada projek ini turut membatalkan keperluan mengambil orang tengah yang selalunya akan mengaut 50% daripada hasil pendapatan, ujar Marian.

“Saya tidak menjangka projek ini akan membuahkan hasil tanpa bantuan daripada Yayasan Hasanah, memandangkan kos yang agak besar untuk membeli bahan-bahan mentah,” katanya. Bahan-bahan mentah ini kemudiannya ditinkan atau dikeringkan dan dibekukan untuk dijadikan pek prihatin, dengan harapan ia dapat memberi kepuasan buat penerima pek prihatin ini, memandangkan mereka mempunyai pilihan sajian tempatan yang pelbagai.

Di akhir perbualan, Marian berkata, “Apabila memberi kepada mereka yang kurang bernasib baik, berikan yang terbaik dari segi kualiti, kuantiti, rasa dan pilihan.” 

ms_MYMalay