Asah Keupayaan, Bukan Kekurangan

Guru pendidikan khas, Cikgu Zulkarnain bin Omar tidak akan lupa pada pertanyaan ibu bapa tentang anak istimewa mereka, “Apa yang boleh anak saya buat selepas tamat persekolahan?”

Beliau kemudiannya terlibat dengan pembangunan Penilaian Alternatif Sekolah Menengah (PASM) untuk pelajar-pelajar pendidikan khas, projek yang diketuai oleh Dr Khodori bin Ahmad, pengasas dan pengerusi KNK Total Assessment bersama pakar-pakar di dalam pasukannya dan berkolaborasi dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Menggunakan model Environment-Reaction-Recognition-Acknowledgement (ERRA) dan instrument Environment Based Assessment Instrument (EBAI), PASM menggarap keupayaan pelajar melalui kekurangan mereka.

Dengan pendekatan yang lebih holistik, bersepadu dan mesra pelajar, PASM memberi fokus terhadap mengasah keupayaan pelajar secara individu – frasa yang Dr Khodori tekankan kepada Hasanah.

“Memaksa pelajar pendidikan khas menjalani proses penilaian yang sama dengan pelajar biasa sama seperti penderaan. Akhirnya, selepas 11 tahun menjalani persekolahan, mereka meninggalkan dunia persekolahan dengan sia-sia, tanpa sebarang kemahiran,” tegas Dr Khodori, ketua kaji selidik projek ini.

Cikgu Zul memohon PASM di SMK Batu Muda, dan memaklumkan bahawa terdapat satu ciri unik iaitu penilaian – sijil “live” yang sentiasa boleh dikemaskini biarpun selepas tamat persekolahan. Lagipun, proses pembelajaran dan mengembangkan pengetahuan tidak semestinya harus berhenti selepas alam persekolahan.

23 Disember 2021 merupakan titik kemenangan buat pelajar pendidikan khas di seluruh negara apabila Lembaga Peperiksaan Malaysia mengeluarkan pekeliling bagi memperkenalkan PSAM di sekolah-sekolah mulai tahun 2021. Pelajar yang terlibat akan dianugerahkan Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).

Projek perintis ini membuka jendela harapan buat pelajar pendidikan khas ini, dan PSAM kini menunjukkan masa hadapan yang boleh diterokai bukan hanya dengan keputusan cemerlang daripada peperiksaan biasa.

ms_MYMalay