Tabah Menghadapi Dugaan

Kejadian ribut petir yang melanda Mohd Hayari bin Sukri sekeluarga masih segar di ingatannya, seperti baru semalam ia berlaku.

Sekitar jam 4 pagi, beliau dikejutkan oleh deruan angin kencang. Dan seterusnya, sesuatu yang tidak dijangka berlaku - pokok besar telah menimpa rumah mereka.

“Salah seorang daripada anak saya cedera di kepala manakala seorang lagi terlekat di pokok,” ujarnya yang masih trauma dengan kejadian tersebut.

Anak-anaknya terperangkap selama satu jam sebelum diselamatkan.

Pertubuhan Komuniti HARAP Kuantan (HARAP) was alerted about the family’s plight by village head, Tok Empat Awang who is also a HARAP community leader.

Ditubuhkan pada tahun 2013, misi HARAP adalah sebagai panduan dalam menarik, menggalakkan dan memperkasakan komuniti agar prihatin dengan kesejahteraan hidup mereka yang memerlukan. Menceritakan keadaan rumah mangsa, Ivy Lau, Bendahari HARAP berkata, “Lebih daripada separuh struktur rumah musnah dan kami sedar tindakan segera perlu diambil.”

Melalui kolaborasi bersama Hasanah, HARAP berjaya membaikpulih 77 buah rumah dan menghulurkan bantuan asas kepada 300 buah keluarga di Kuantan yang terkesan akibat banjir.

“Sebaik sahaja pulang dari hospital, saya perasan sebahagian daripada mereka yang membantu mengalihkan pokok tersebut tidak saya kenali… Ada di antara mereka turut menghulurkan bantuan kewangan,” ujar Hayari. Beliau amat berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan oleh jiran-jiran, sahabat handai, malahan para penderma yang budiman. Ini membuktikan bahawa komuniti yang bersatu-padu berupaya untuk mengharungi setiap cabaran yang mendatang.

ms_MYMalay